21.7.13

kenangan

secebis rasa rindu yang tinggal hanya pada kenangan bukan pada kau ,
   setiap detik jarum jam bergerak tak terhitung sampai suatu saat rindu itu pasti hilang tanpa aku tahu bila yang pasti ia harus hilang seperti hilangnya kau .
   sepi tak sesepi dulu hanya tinggal secebis juga kerana kesepian yang dulu juga telah hilang .

setiap malam aku berharap tiada lagi kau dalam mimpi aku kerana jika ada maka celakalah aku , luka lama      pasti akan tersiat kembali kerana mimpi tentangmu membawa harapan menggunung untukku dan akhirnya gunung itu menghempapku .

bertahun , berbulan , akhirnya ia benar-2 hilang hanya kenangan itu sahaja berdegil , dia kata ''aku takkan        pergi kerana kau menciptaku dan jika ingatanmu hilang sahaja kau boleh mengusirku'' tersentak . dengan nazaknya hatiku berkata ''baiklah , tinggallah kau di dalam situ sampai satu masa aku akan menjemput              kenangan baru mengambil tempatmu'' kenangan terdiam dan terus duduk terperosok dalam ingatanku menunggu kenangan baru datang..

-lyana's-

Dilarang Menghukum,Terima Kasih