di saat waktu berjalan dan tidak akan berhenti menunggu kita , aku masih lagi di belakang , cuba untuk berlari dan berjalan seiring dengan waktu tetapi kaki ini terasa berat . berat untuk meninggalkan masa lalu yang perih tetapi bermakna , sakit itu ku tahan , pahit itu ku telan dan perih itu ku simpann . tiada yang mengerti sakit , pahit dan perih menjadi aku , aku yang penuh dengan kedukaan berbanding kesukaan . kini senja kian menghampiri, angin yang sepoi-2 bahasa mengingatkan aku kembali tentang kisah itu kisah lama yang bertandang kembali . aku mendongak ke langit terlihat burung-2 beterbangan mencari jalan pulang ke sarang , langit yang kian berubah warna menjadi gelap aku masih lagi tidak kembali . tidak kembali ke alam realiti , terbawa mimpi dan angan-2 . air mata jatuh seperti embun yang jatuh menitik ke bumi . baru aku sedar bahawa diriku lemah kerana terlalu mudah aku menjatuhkan air mata ku hanya kerana seorang insan yang tidak tahu menghargai .malam sudah pun datang tidak lupa juga bulan yang selalu menemani malam setia di situ meskipun terkadang bulan menyembunyikan diri di balik awan tapi ianya tetap ada .aku harus lebih laju lagi mengejar waktu supaya dapat ku lepaskan segalanya tanpa perlu menoleh lagi .
Leeyana ♥