heyy and assalammualaikum , okay just wanna share , kisah ni aku baca dalam novel yang bertajuk Dunia Ini Sederhana Kecil writen by , Bahruddin bekri .
Cinta itu umpama menunggu bas . Apabila datang bas pertama , mereka tidak naik kerana merasakan bas itu terlalu uzur . Apabila bas kedua sampai di hadapan mereka , mereka senyum . Bas kedua ini cantik dan menepati kehendak . Sayangnya , mereka masih tidak naik kerana bas itu sudah penuh . Akhirnya , waktu bagi sampai ke destinasi semakin singkat . Alam pula semakin gelap . Jadi manusia yang menunggu bas tadi , tiada pilihan dan terpaksa naik bas yang ketiga . Biarpun bas ketiga itu belum muncul , tetapi mereka nekad mahu menaikinya biar bagaimanapun rupa bas yang ketiga itu nanti . Bas itu umpama cinta yang kita tunggu . Kadangkala ada cinta yang hadir , namun kerana merasakan ia tidak sesuai dengan diri kita , kita membiarnya terus berlalu . Kemudian datang pula cinta yang kita rasa sesuai dengan hati kita . Sayangnya , cinta itu sudah berpunya . Kita hanya mampu melihat ia pergi . Kita terus menunggu dan menunggu sehingga waktu sudah mulai lewat . Usia semakin jauh dan kita mulai khuatir berkenaan masa depan . Risau tidak sempat ke destinasi hidup , kita nekad menaiku bas yang ketiga . Kita sudah kurang peduli rupa bas itu . Sama ada ia buruk ataupun penuh , asalkan kita sampai ke destinasi . Itulah kita dalam menunggu cinta . :)