12.4.12

Terima kasih kerana ianya , kalian .


heyy and assalammualaikum , act , aku tak tahu nak cerita apa , tapi , aku ada banyak benda sebenarnya yang nak di ceritakan . Macam-2 masalah melanda sejak dua menjak ni , Aku hilang bestfriend dan boyfriend dua perkara ni buat aku jadi down . Aku rindu bestfriend aku , aku rindu EXboyfriend aku . Terasa diri ni bodoh sebab merindui dan memikirkan tentang orang yang tak pernah menghargai dan mempedulikan kita . Aku buat keputusan lepaskan Hafizul on our first month anny . entah kali ke berapa , putus , couple , putus couple . sampai aku rasa sayang aku kat dia dah pudar , punca kami putus semua atas sebab yang lebih kurang je . Semalam , aku ada buat satu confession and dia kata ok dia tak kisah . Tapi hakikatnya , tak . Macam lah aku tak kenal dia , Dia tak boleh terima keputusan and apa yang aku cuba terangkan dan baru aku sedar itu lah sikap dia yang paling aku tak suka . Tak pernah cuba nak dengar apa yang aku cuba cakap . Langsung tak matang . Aku benci dengan orang yang bersifat macam tu . Aku rasa selama 2 tahun lebih aku kenal dia , aku dah cukup menangis , sakit hati , derita , mengalah dan semuanya hanya kerana dia . Kali ni , aku tak kan biarkan tu semua terjadi lagi , aku dah tak peduli dengan masa hadapan , meski aku tahu , aku akan derita pada awalnya , aku yakin , setiap manusia ada takdir yang terbaik telah Allah tulis . Apa aku rasa , aku alami , tak semua aku cerita , banyak yang aku pendam . Kehilangan seseorang yang amat kita sayang dan hargai dia hadir dalam hidup kita bukan senang nak terima , tapi bila difikirkan balik , rasa tak adil bila hanya sebelah pihak yang menunjukkan sayang dan penghargaan . Aku rasa diri aku tak layak di sayangi oleh manusia , biar aku je yang menyayangi , kalau dah takdir berkata begitu , aku reda . Takde siapa pun boleh lawan takdir kan ? Mulai dari harini , aku cuba untuk pergi dari kedukaan yang aku tanggung . Lupakan orang yang melupakan aku . Tapi tak pada kenangan , kerana sampai bila-2 kecuali aku Amnesia je yang boleh luputkan kenangan aku dengan hafizul dan bestfriend aku tu . Aku sayang dan hargai dua insan ni , sampai bila-2 . Satu hari nanti , kalau kita terjumpa dekat luar , tanpa kita yang merancang , aku lah manusia paling bersyukur . Amin , InsyaAllah . :)

Dilarang Menghukum,Terima Kasih