Dalam hidup kita , kita kena ada tujuan . Tujuan yang membuatkan kita maju dan juga mematangkan diri sendiri . cuba kalau hidup tanpa tujuan pasti ianya akan di sia-2 kan dengan benda-2 yang hanya mendatangkan keseronokan . Kita hidup , kita membesar , kita beajar , kita bekerja , kita kahwin , kita berkeluarga , kita tua , kita mati itu lah roda dalam hidup . Tapi , ada juga yang tak dapat melalui semua tu baru hidup dah mati kan ? sebab tu kita kena hargai kehidupan . Saya banyak lakukan kesilapan sepanjang umur saya 16 tahun ni . Kesilapan kecil mahupun besar dan saya percaya awak pun sama . Jangan takut lakukan kesalahan sebab kesalahan yang kita lakukan akan jadikan kita lebih berfikir dan belajar dari itu . Jangan jadikan kehidupan kita dikelilingi pagar . Buat lah apa yang kita impikan asalkan ianya positif dan niat itu penting . Sahut cabaran , semua tu buat kita lagi semangat nak berjaya . Semua orang takdir Allah tentukan berbeza tapi kebahagiaan dalam hidup seseorang itu pasti . Allah tak kan biarkan hambanya sentiasa susah , sakit mahupun kecewa pasti akan ada kebahagiaan atau hikmah di sebalik semua kesedihan . Saya kalau sedih , saya menangis , saya luahkan tapi bukan dari kata-2 saya cerita pada orang lain , saya cuma diam dan menangis bercakap dengan diri sendiri . Bila saya tertidur , saya bangun saya akan lega . lepastu , saya buka minda saya dengan benda-2 yang positif secara automatik saya dapat balik semangat saya . Kehidupan ni bukan hanya untuk menangis dan ketawa . ianya untuk kedua-2 nya . Biarkan kesedihan itu berlalu dengan berjalan nya waktu insyaAllah , ianya akan berubah dan kita akan nampak hikmah nya . Tiada siapa tahu perjalanan hidup kita selepas hari ini kecuali yang di ATAS . HE plans the best for us . menangislah jika sedih . ketawalah jika gembira . diamlah ketika kecewa . sabarlah ketika diuji . senyumlah kerana kita masih di beri kekuatan jika kita tidak kuat , ramai dah yang bunuh diri kerana banyak masalah . Allah uji kita sebab kita mampu laluinya . :)