30.1.14

romantika Boulevard ke Kota Timur. (episod 1)

Boulevard Square kelihatan sesak. Pembangunan tampak pesat. Kelihatan seorang lelaki berambut pendek dengan pakaian compang-camping menggenggam sebentuk cincin emas putih di tangan kanannya. Hatinya bermonolog , Ruang perpisahan itu semakin hampir pada titiknya. Aku tidak tahu sama ada aku mash berkesempatan lagi untuk menemui cinta sejati seperti ini atau tidak. Paling utama, akankah aku bertemu kembali dengan engkau, Liyana ? mungkinkah kita akan bersatu ?

              .________________________________________________________________.

'' kau lupakan saja aku . Aku mungkin tak layak untuk kau ." sepuluh patah kata yang cukup menyakitkan . cukup perih buat wanita itu. Dia duduk berteleku sekejap di pangkin rumahnya, merenung skrin telefon bimbit yang memaparkan pesanan ringkas kekasihnya, Azlanuddin.
  Betul tak guna! lepaskan aku macam tu je ? kau ingat aku ni apa hah?
Kekesalan mencintai Azlan, selain kesilapan besarnya mempercayai bulat-2 lelaki itu ternyata mengundang padah yang bukan sedikit.
  Sudah aku sayang engkau separuh mati , macam ini balasan kau? Bullshit !
Liyana mengeruh marah . Dendam benar dia dengan lelaki bernama Azlan. Ikutkan hati , mahu saja dicampakkannya telefon bimbit dan lelaki itu sekali ke tengah lautan .
  Biar lemas tenggelam . Puas hati aku !
" Kau cakap dengan siapa ? " Tegur seorang perempuan yang sedikit berusia daripada Liyana sambil tangannya menghulurkan segelas jus oren sejuk. Gadis itu menyambut huluran dengan tenang. Matanya meliar memerhatikan skrin TV LCD yang memaparkan siaran ulangan Akademi Fantasia di saluran Astro Ria.
 " Azlan ni , Mak su , siapa lagi? dia ingat Yana ni siapa? robot ke? " ujar gadis itu dengan nada marah tidak peduli langsung untuk mengawal santun di hadapan ibu saudaranya .
    Mak Su hanya tersenyum.
    Budak muda . Mana nak dipisahkan dengan cinta?
" dia buat apa kat kau ? kau jangan Yana, nanti masak Mak Su nak menjawab dengan mak kau tu. " Mak Su mula hendak membuka sesi ceramah percuma . Liyana memandang Mak Su dengan kerutan di dahinya.
" Ish , Mak Su ni ! tak adalah sampai ke situ! Tak tergamak saya nak buat benda-2 bodoh tu , tau . " Liyana membela diri sambil menghirup jus oren .
" Dia dah tinggalkan saya ! semua lelaki macam tu ke , Mak Su ? Habis madu , sepah dibuang merata ." Mak Su hampir terburai isi gelak .
   Pandai pulak berbahasa . Tak padan bahasa Melayu dapat C !
" Banyak ke madu yang Azlan dah hirup tu ? " tanya wanita itu dengan matanya membundar memerhatikan Liyana . Gadis itu menyimpul malu , tersengih sumbing.
" Mak Su ni , orang betul-2 la , Bukan main-2 ! orang tak mahu jadi macam Mak Su dengan Jamil Dahi Luas tu, ya ?"
Giliran Mak Su tersentap . Tak agak-2 nak perli orang .
Sekali batang hidung aku ditepeknya pulak! Bertuah punya anak saudara!

" Abang Jamil kau tu lain. Sungguhpun Mak Su ni bermadu, Mak Su rasa nikmat perkahwinan." ujar wanita itu berhemah . Liyana berdehem seakan membawa maksud 'yelah tu'.
" Dah lah Mak Su. Liyana nak mandi , lepas tu nak ke gym . nak cari punch bag , nak tumbuk terajang puas-2 lepastu..."
"...lepas tu kau nak bayangkanlah punch bag tu muka si Azlan ? eleh , macam lah Mak Su tak tahu perangai kau tu Yana. Balik rumah , duduk memerap dalam bilik . Pasang lagu sentimental . Lepas tu melalak. Mulalah nak mengadu dengan aku itu ini ya? Muka ganas.. hati Qolbu. "
  Mak Su mencelah dengan sindiran. Liyana tersentap, memang itu pun yang dirancangkan dalam benaknya yang tepu.
    Sumpah! rasa sakit hati ni macam anjing ! 
Gadis itu bangun daripada duduknya yang canggung , mahu mempersiapkan diri ke gym dengan perasaan amarah yang berkobar.
" Eh tunggu kejap, Liyana . Ada barang sampai untuk kau. " Mak Su bersuara tiba-2 .
" Daripada siapa ? kalau daripada buaya tembaga tu, Mak Su buang ke laut bar jadi tukun !" Marah benar anak saudaranya. Mak Su menggeleng . Mak Su menggeleng . Masa bercinta , tahi kucing pun rasa coklat . Bila putus , buaya tembaga ya?
" Entah , kau bukalah sendiri . Tak kuasa aku nak membukanya" ujar ujar Mak Su sambl lewa sebelum menyerahkan satu bungkusan berbalut kertas minyak berwarna coklat itu kepadaya . Liyana memandang bungkusan itu dengan perasaan aneh . Tarikh yang tertera pada cop pos adalah 17 Mei 2008 .
  Eh.. bukan sekarang ni 2011 ke ? sekarang bukan bulan Mei . Tapi bulan April . Ke aku yang nyanyuk atau pos ni yang tersilap cop?
Bimbang akan diketawakan oleh Mak Su jika dia bertanya tentang tarikh dan tahun hari ini , Liyana terus membawa bungkusan itu ke biliknya . Ya lah... mana tahu ada orang kaya beri sejuta ringgit dekat aku . Tak ke kaya namanya tu ? Berangan tak nak kalah . Nak jadi kaya saja , miskin tak mahu . Hidup.. Hidup..

                                      .________________________________________.

Lenguh badannya masih belum hilang . Akibatnya , dia terpaksa meminta bantuan Mak Su untuk mengurut lengan dan kakinya yang sedikit terseliuh. " itulah kau , Mak Su dah pesan banyak kali . Bila clash je nak menumbuk , . Bila clash je , nak menerajang . Elok sikit , kau tu perempuan . "
  Bebelan Mak Su yang menerjah ke telinga terasa panas , namun dia relakan saja disebabkan badan yang berdenyut-2 minta diurut. Usai diurut dan beberapa sesi ceramah motivasi , dia bingkas masuk ke bilik , duduk berteleku sebelum membuka playlist daripada laptopnya . Alunan lagu kau pergi jua  daripada Adam Ahmad melayah di udara , menusuk ke jiwa dan menyentuh pada kalbu hati .
 Kau pergi jua..
 Setelah cintaku ini membara..
 Belum sempat ku curahkan kasihku..
 Kau pergi tak kembali..
Air matanya bergenang . Ocehan Mak Su menerawang masuk ke celah otak . Balik rumah , duduk memerap dalam bilik . Pasang lagu sentimental . lepastu , melalak . Oh Mak Su kata-2 mu sungguh benar . Aku melalak sekarang .
bedebah ! bedebah ! bedebah !!! 

Bersambung.... *cerpen ini dari buku Cerpen Faizal Sulaiman*

Dilarang Menghukum,Terima Kasih