sambungan..
Kepingan poskad kiriman Liyana yang dikutip dari pohon besar itu dibacanya dengan penuh teliti . Tulisan Liyana menggambarkan personaliti gadis yang dikenali dengan cara paling aneh itu . Pohon besar itu diperhatikannya dengan penuh kekaguman . Kerana pohon itu , aku bertemu dengan cinta hati.
Poskad bersampul daripada Liyana dikoyak rakus , mendedahkan bait tulisan gadis itu.
Salam Khusairi ,
2011, pohon besar itu ditebang lalu diganti dengan tong merah posmen .
Selalu jugalah bila saya balik , budak-2 kecil main sembunyi-2
di tepi tong tu . ( senyum )
Lot kedai itu masih berdiri tegak sampai sekarang.
Malah kedai emak saya dekat situ juga . Kedai kek Rahmah .
Emak saya pandai buat kek . Kalau rajin , pergilah tempah!
(err boleh ke?)
Oh ! pasal Boulevard Square tu , bila sayan bosan , saya selalu ke
sana . Melihat kerenah manusia. Tapi bila cuti , tempat itu penuh sesak.
Daripada,
Liyana.
April 28, 2011.
Khusairi senyum sumbing . Tidak pernah dia terbayang laman Boulevard yang kini adalah ladang kelapa sawit dan getah mampu menjadi tempat paling sesak di Malaysia , seperti apa yang didakwa Liyana . Akankah sempat aku bertemunya di sana?
" Hang ni pasaipa ? Asal abah balik kerja ja , hang tersenyum dengan poskad-2 hang tu . Dah nak bermenantu ke abah ni ? " sindir Syed yang muncul entah dari mana. Seperti biasa, fail pengajarannya dikendong dari dalam kereta , masuk ke dalam rumah sebelum meletakkannya di atas meja makan.
" Kawan je abah . Man saya ada masa nak kahwin?" jelas Khusairi sebelum ke dapur lalu mengambilkan teh O panas kegemaran ayahnya , Syed tersenyum . Disambutnya teh itu dengan anggukan terima kasih.
" macam mana nak kahwin kalau siang malam asyik dengan pelan-2 kau tu saja . Kau nak bangunkan Kota Timur ni . Tapi kau sendiri tak membangun . Carilah sorang . boleh masak untuk abah kau ni."
Khusairi tertawa besar. Abah...abah..
Tapi kalau Liyana jadi menantu abah apa salahnya , Dia boleh jaga makan pakai abah , kan? Tapi... wujudkah Liyana? atau aku sudah gila? Percaya pada sesuatu yang tak masuk akal?
" Harini hari last abah di universiti . Esok hang kena ikut abah ke Singapura . Abah dapat offer jadi pensyarah di politeknik sana . Hang masih boleh settle kerja hang , kan?" ujar Syed tatkala memerhatikan air muka Khusairi yang tiba-2 berubah . Apa bah ? pindah ? tapi... Liyana macam mana ? sahabat saya ? kekasih...saya?
" Abah faham hang sayang nak tinggalka Kota Timur , lebih-2 lagi lepas kematian Mira , tunang hang tu. Tapi siapa nak temankan abah ? Nak buatkan Teh O panas untuk abah ? Bubur untuk abah ? Siapa nak bergurau-2 dengan abah ?"
Khusairi bungkam . Kelu lidahnya untuk bersuara .
" siapa lagi yang abah ada selain hang ?"
saat ini Khusairi menganggguk lemah . Tertahan-tahan hatinya menanggung beban . Kalau ada jodoh , pasti kita berjumpa, Liyana.
._______________________________.
Hari siang berganti malam . Musim silih berganti hujan , lalu bertukar panas , sebelum menjadi redup lalu cerah semula . Hati Liyana semakin tak keruan meniti hari-2 yang dirasakan semakin membosankan .
Tiada lagi kiriman daripada Khusairi , sabahat jauhnya itu . Tiada lagi untai khabar menghiburkan hari laranya daripada seorang kekasih yang tangsung tidak kenal paras rupanya . Mak Su turut bingung . Ibarat kucing mati anak , Liyana akan turun berembun di hadapan rumah , menunggu entah apa , wanita pertengahan 30-an itu mengambil keputusan untuk menyelongkar barang-2 milik Liyana.
Memang sah! Gadis itu dilamun cinta sekali lagi . Malah cintanya itu dipisahkan oleh jarak dua tahun! sesuatu yang tak logik, tetapi itulah kenyataannya . Dia sebagai seorang ibu saudara yang terlalu melindungi , apakah dia perlu percaya terhadap keajaiban ini ?
bersambung.... *dipetik dari buku Cerpen Faizal Sulaiman*
episod sebelumnya