sambungan....
Liyana tidak mempedulikan panggilan Mak Su untuk makan malam . Malah ajakan Diba , sepupunya untuk menonton Spongebob Squarepants ditolaknya mentah2 .
" kau sorang sajalah tengok rancangan budak-2 tu , cik yana tak lalu . " ujarnya selamba sebelum membuka daun pintu ruang tamu , lalu menutupnya dari luar .
Gadis itu memandang malam yang kian memekat. Tujuannya hanya satu . Menanti sekeping kad , pembawa berita daripada Khusairi . Aku cuma ingin tahu , kau hidup lagi atau tak , Itu saja. Mungkin kau dah jumpa perempuan lain , dan tak mahu pedulikan aku lagi . Aku tahu , dengan situasi kita ini , mana mungkin kita boleh bersatu
Liyana menekupkan wajahnya . Benci benar kerana terpaksa menjadi cengeng kerana cinta Aku dah dikecewakan Azlan . Nah , sekarang lelaki yang aku tak kenal mempermain-mainkan aku . Memang nasib aku begini , ya ?
Kelihatan sesuatu , seprerti bentuk kapal terbang kertas melayah terbang di atas permukaan rumput yang sudah berpotong kemas . Gadis itu bingkas bangun , berlari keluar ke laman lalu mengutip kapal terbang kertas itu dengan hati penuh debaran . Perlahan-2 dia membukanya , memerhatikan tulisan cakar ayam yang langsung tidak kemas .
Liyana sayang ,
2008 , kerinduan ini tak pernah terbatas . Terlalu banyak
untuk diceritakan , Saya berpindah ke Singapura beberapa
bulan lalu . Tapi saya kembali ke sini dan melihat pokok yg
menjadi jalinan antara kita berdua itu hampir ditebang .
Saya harap kapal terbang kertas ni memadai untuk
memberitahu awak yang saya sihat dan...sangat merindui awak.
Terlalu benar hati ini ingin bertemu denganmu...
ps : impian untuk ke Boulevard Square jika diberi keizinan
Tuhan , di hari awak mendapat surat ini...
Liyana tak tunggu masa . Dia tak kira sama ada perkara itu benar-2 terjadi atau tidak , yang penting dia harus mencuba . Dia menerjah masuk ke dalam rumah seperti pencuri sehingga mengejutkan Diba yang sedang terbahak-2 ketawa menonton kartun . Liyana memandang wajah sepupunya itu dengan tak keruan .
" Diba , pinjamkan cik yana sepuluh ringgit. Nak ke Boulevard sekejap ." Diba tersentak.
" Manalah Diba ada banyak tu .Dua ringgit adalah . Cik yana pergilah naik rapid KL ."
" Rapid KL tak boleh merempit ! "
" Buat apa nak ke sana? "
" urusan orang tua . Ko tak perlu tahulah ."
" Eh , sejak bila cik Yana transform jadi orang tua?"
Malas hendak melayan kerenah sepupunya , Liyana menggelabah menyelongkar mencari wang secukupnya .
" Kamu nak berjumpa Khusairi ya? " kata-2 Mak Su terpanah masuk ke dalam telinga , terus menombak ke dalam hati . Liyana memandang makciknya dengan penuh serba salah . Tanpa jawapan dan banyak soal dia hanya mengangguk. Mulut sepupunya terlopong . Playgirl seh sepupu aku ni !
" Nah , ambil sepuluh ringgit ni , kejarlah cinta hati kau tu . "
Liyana hampir hendak menangis . Diba juga begitu . Tak pernah dapat duit sebanyak itu daripada emak . Cemburunya!
Gadis itu tak tunggu masa sebelum menyarung flat shoes lalu melambai-2 seperti orang gila kepada bas berwarna kuning yang hampir hendak bergerak .
" Mak , perasan tak , baju dan seluar cik yana ? Nampak lainlah. " Diba bersuara perlahan tatkala ibunya duduk menonton Spongebob Squarepants .
" Perasan , Baju biru , seluar coklat . Entah fesyen apa , mak tak tahu . Seluar tidur pulak tu . Seluar tidur semalam ." kedua beranak itu tersengih-2 menahan gelak . Kerana cinta... buta agaknya.
.______________________________________.
bersambung ... * dipetik dari buku Cerpen Faizal Sulaiman *
episod sebelumnya