30.1.14

Romantika Boulevard ke Kota Timur (episod 7)

sambungan...

   Liyana tidak mempedulikan beberapa pasang mata yang memerhatikan gaya pemakaiannya itu . Heh ! peduli akulah nak pakai apa . Kau orang sibuk apa hal?
   Enggan diganggu dengan pandangan serong disekeliling dia cuba memfokuskan ingatannya terhadap Khusairi , lelaki yang berjaya mengambil hatinya itu .
   " Err pakcik boleh laju sikit tak ? saya dah terlambat ni. " ujar Liyana yang telah bangun dari tempat duduknya , mendekati pemandu bas yang berusia separuh abad itu . Belum sempat si pemandu menjawab , bas tiba-2 berhenti secara mengejut . Gadis itu terdorong sedikit ke hadapan sebelum tangannya dapat memeluk tiang bas . Satu tindakan drastik yang baginya begitu memalukan.
   " Apahal pulak ni ? " pekik si pemandu sebelum pintu di sebelah kanannya dibuka . Dia melompat turun daripada bas , menyertai beberapa pemandu lain yang turut berkerumun di tengah jalanraya . Liyana dan penumpang lain meninjau-ninjau dari dalam bas melihat kejadian itu dari kejauhan sebelum Liyana ambil keputusan untuk turun melangkah menuju ke arah tempat kejadian .
   " katanya dia tunggu orang kat Boulevard Square , tapi tak datang-datang."
   " eh , ni bukan ke mamat yang design taman tema dekat Boulevard Square ? "
     Liyana berasak-2 dengan yang lain , mendengar rungutan gelisah dan bisikan beberapa individu yang baginya sangat tak guna sebab langsung tak ada inisiatif untuk membantu . Perlahan-2 di sebalik bahu seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya , dia memerhatikan seorang lelaki sedang terbaring dengan mata terkebil-2 memerhati aneh orang sekeliling yang memandangnya dengan kasihan . Beberapa orang individu sedang duduk mencangkung , cuba menenangkan lelaki tersebut .
   " awak cuma terkejut , Nasib baik saya sempat brek , awak melintas pun tak tengok kiri kanan ." ujar lelaki di sebelahnya sebelum menggeleng-2kan kepala .
   " Saya nak cari kawan saya , Liyana. awak ada nampak ?" soal lelaki itu dengan wajahnya yang kelihatan sangat bingung . Dia kemudiannya bangun perlahan-2 , memandang ke arah kesemua pandangan prihatin di hadapannya. Lelaki itu kemudiannya berpaling , memandang seorang doktor dan jururawat yang baru tiba dengan kelam kabut .
    " Minta maaf semua ! Minta maaf ! salah faham saja ni. " ujar doktor muda itu dengan nada tinggi sebelum mengarahkan jururawatnya membantu lelaki itu , mmbawanya ke dalam van pesakit . Orang yang berkumpul susut sedikit demi sedikit . Kedengaran pula suara nakal melayah dar kejauhan.
    " Orang gila rupanya , aku ingat mati eksiden. "
    Liyana tergamam . Diperhatikan doktor dan jururawat itu berkali-2 sebelum memerhatikan lelaki berambut pendek dengan kumis nipisnya yang nampak serabut itu silih berganti . Di tangan kanannya tergenggam sesuatu . Entah apa , Liyana kurang pasti .
     " Doktor ! boleh tunggu kejap ? " panggilan Liyana menyentak perhatian doktor muda itu . Doktor itu berpaling ..
     " awak siapa ? "
     " Nama saya Liyana . "
Doktor muda itu tersenyum tampan. Akhirnya !
   " Khusairi banyak cerita pasal awak. Dia selalu tunjukkan surat-2 kiriman awak kepada saya dan berharap agar satu hari nanti dia dapat bertemu dengan awak . Keajaiban yang berlaku kini.... sukar untuk saya terima pada mulanya."
     Liyana menelan air liur . Membiarkan doktor itu menyambung cakapnya .
     " dia menghidap amnesia . Sakit pelupanya di tahap kritikal . Malah dia dah lupa bahawa ayahnya dah meninggal dunia setahun yang lepas . Sejak hari itu , dia kerap menyebut nama awak dalam tidurnya , menanti hari ini untuk menjadi kenyataan. "
     Wajah Liyana berubah .
    " apa maksud doktor.... menanti hari ini , untuk menjadi kenyataan ? "
     Doktor muda itu tersenyum lagi . Di kocek besarnya dia mengeluarkan sekeping poskad yang sedikit lusuh , lalu mendedahkan isinya .

                              Salam Khusairi ,
                             2011, pohon besar itu ditebang lalu diganti dengan tong merah posmen .
                             Selalu jugalah bila saya balik , budak-2 kecil main sembunyi-2
                             di tepi tong tu . ( senyum )
                             Lot kedai itu masih berdiri tegak sampai sekarang.
                             Malah kedai emak saya dekat situ juga . Kedai kek Rahmah .
                             Emak saya pandai buat kek . Kalau rajin , pergilah tempah!
                             (err boleh ke?)
                             Oh ! pasal Boulevard Square tu , bila sayan bosan , saya selalu ke
                             sana . Melihat kerenah manusia. Tapi bila cuti , tempat itu penuh sesak.

                             Daripada,
                             Liyana.
                             April 28, 2011.

    Diperhatikan , ada satu catatan memangkah di bawah tandatangannya , 'Boulevard Mei 15,2011.9 malam'
  " bukankah , hari ini 15 Mei? dan sekarang sudah jam 9:15 malam? "
    Sungguh ! Liyana tambah terkejut , lalu memandang doktor muda itu dengan perasaannya yang bercampur baur .
    " dia ke sini untuk bertemu dengan awak , Liyana . Terimalah baik buruk dia . Dia ikhlas sayangkan awak . Bertahun dia menunggu awak untuk saat malam ini. "
      Perlahan-2 Liyana memulakan langkah menuju ke van pesakit yang terparkir di tepi jalan sebelum memandang di balik cermin wajah Khusairi buat pertama kalinya . Liyana kemudiannya mengetuk kaca tingkap berkali-2 menyebabkan lelaki itu tersedar daripada lamunannya yang panjang lalu memerhati wanita muda itu dengan pandangan yang aneh . 
      Gadis itu kemudiannya mengeluarkan sekeping poskad yang diambil daripada doktor tadi sebelum menunjukkannya kepada Khusairi. Liyana tersenyum dengan kolam matanya berkaca . Lelaki itu tersentak, tergamam sambil memerhati gerak bibir Liyana seakan menyebut 'I Love You' .
  Khusairi tidak lebih daripada sekadar bersyukur .
  Cincin emas putih digenggamannya dipersembah .
  Penamat sebuah kisah cinta sejati.


TAMAT . * Dipetik dari buku Cerpen Faizal Sulaiman * 


Dilarang Menghukum,Terima Kasih