Senja
suatu hari , ada seorang gadis berjalan dengan keadaan tergesa-2 kerana dia sudah lewat ingin ke tempat kerja . Gadis itu bergegas pergi ke perhentian bas , itu lah tempat dia menunggu bas terlihat beberapa orang turut berada di situ , dia memilih untuk duduk di bahagian hujung sekali , saat menjadi minit , dia masih menunggu terserlah riak risau di wajahnya , berkerut dahinya kerana sudah terlalu lewat , dalam kerisauan dia tersedar hanya tinggal dia dan seorang pemuda di perhentian bas itu , lama dia melihat pemuda itu tetapi pemuda itu tidak perasan dengan berani gadis itu menghampiri pemuda itu , dia senyum , tetapi pemuda itu tidak membalasnya lalu , dia menghayunkan tangannya , melambai-2 di hadapan wajah pemuda itu , ya , pemuda itu masih kaku rupa-rupanya pemuda itu buta . Gadis itu tidak berani untuk menegur pemuda itu , gadis itu masih menunggu bas akhirnya , bas tiba dia terus naik dan melihat lelaki itu melalui tingkap bas .
Petang itu , gadis itu turun di perhentian bas seperti biasa , tiba-2 dia lihat pemuda buta itu ada lagi di situ masih kaku , tongkat di tangannya , gadis itu lalu memberanikan diri , duduk lagi di sebelahnya dan berkata ''Assalammualaikum?'' lalu pemuda itu seakan terkejut dan berkata ''anggun? aa..anggun? awak ke tu?'' gadis itu tersentak . Anggun ? siapa anggun? kekasihnya barangkali . Bisik gadis itu di dalam hati , lalu gadis itu berkata ''eh bukan , saya bukan Anggun , nama saya laila , saya cuma pelik tadi pagi saya nampak awak dekat sini , sekarang dah lewat petang , awak masih lagi di sini , apa yang awak buat dekat sini ?awak tunggu seseorang ?'' gadis itu bertanya soalan bertalu-2 dan lelaki itu tersenyum lalu menjawab ''maaf , saya ingat awak .. ya , saya dari pagi di sini , hampir setiap hari saya akan duduk di sini , mungkin baru hari ini awak perasan ya?'' lelaki itu tetap juga tersenyum . Gadis itu mula senang berbual dengan dia , tetapi disebabkan hari sudah semakin senja , dia tidak dapat berbual lama lalu berkata ''maaf encik ..'' ''ohh saya Naufal'' ''ya maaf encik naufal , hari dah nak senja ni elok kita balik , rumah encik di mana ? mari saya hantar'' kata gadis itu . ''tidak mengapa cik laila , saya masih ingin di sini , saya akan menyusul kemudian , cik laila pulanglah dulu , saya boleh balik sendiri , terima kasih atas pelawaan cik laila'' pemuda itu balas serta senyuman yang tidak lekang di bibir . ''baik lah kalau begitu , saya balik dulu yaa , hati-2 encik naufal , Assalammualaikum'' gadis itu bangun lalu meminta diri ''waalaikumsalam'' pemuda itu membalas..
Bersambung....