11.11.12

senja part 2

sambungan..


Pagi yang cerah , burung berkicauan , hari ini hari minggu dan mula lah rutin gadis itu setiap pagi hari minggu ''lailaa , turun nak , sarapan'' terdengar suara ibu nya memanggil ''ye bu , kejap lagi laila turun'' ibunya , seorang yang terlalu istimewa di mata dan juga di hatinya , ibunya seorang ibu tunggal yang bekerja seorang diri sebagai pensyarah di sebuah Universiti yang terkenal . Ibu gadis itu mempunyai 2 orang anak sahaja yang sulung itu lah laila yang bongsu adik kepada gadis itu bernama hafiz . ''morning bu'' ''morning sayang, ni nak ke mana pagi-2 ni?'' tanya ibu laila ''nak ke mana lagi bu , joging lah'' jawab gadis itu sambil menyuap sekeping roti ke mulutnya . ''hafiz mana bu?'' ''ada tidur lagi dalam bilik'' . ''ok bu laila pergi dulu'' ''ok hati-2!'' gadis itu menoleh dan senyum kepada ibunya .

ramai pulak orang hari ini selalu tak seramai ni . Bisik gadis itu di dalam hati . Tiba-2 langkahnya terhenti apabila melihat Naufal di perhentian bas kelmarin . Gadis itu menghayunkan langkah melintasi jalan dan duduk di sebelah Naufal . ''Assalammualaikum Naufal..'' ''Anggun? Anggun awak ke tu ? Anggun lama Naufal tunggu Anggun, ke mana Anggun menghilang?'' laila terkejut kerana Naufal berkata begitu sambil air mata nya mengalir dan memegang erat tangan laila . Laila seakan dapat merasakan beban yang ditanggung Naufal , Naufal menunggu seseorang , betul sangkaanya sebelum ini .''naufal , saya Laila , saya bukan Anggun'' laila bersuara . ''Laila?'' tangan gadis itu dilepaskan dan wajahnya di palingkan . ''ya , saya laila , saya bukan Anggun. Naufal , awak okay ? maaf kalau saya mengganggu awak.'' gadis itu melihat wajah pemuda itu dengan seribu tanda tanya . ''ya saya okay , saya harap . Tak mengapa , saya yang patut minta maaf saya ingatkan awak Anggun.'' ''tidak mengapa , saya faham . Naufal , boleh saya tanya sesuatu?'' lalu Naufal memalingkan mukanya ke arah Laila ''ya tanyalah'' senyuman terukir di bibir lelaki itu . ''kali ni dah 3 kali saya nampak awak dekat sini tempat yang sama , pagi , petang , awak tunggu siapa? dan .. siapa Anggun?'' pemuda itu mendiamkan diri . ''Naufal , maaf kalau saya ada menyinggung perasaan awak , takpe kalau awak tak mahu jawab'' riak wajah laila menunjukkan rasa bersalahnya kerana dia merasa seperti dia seorang yang busybody . ''takpe laila , ya setiap hari saya di sini , setiap masa , pagi petang ,dan ya saya menunggu seseorang , awak mahu tahu siapa Anggun ?'' pemuda itu menjawab sambil tersenyum ''ya , kalau awak tak kisah nak cerita dekat saya , saya sudi nak dengar , ceritalah siapa Anggun?'' jawab laila tenang .

''Anggun , sahabat saya , sahabat saya masa pertama kali saya pindah di sini , masa tu , saya masih boleh melihat saya seorang remaja yang normal . Suatu hari tu saya sedang berjoging dan jalan-2 dekat taman ni , dan tiba-2 saya ternampak dia , di taman seberang sana . Kebetulan saya sedang mencari kawan , saya pun tegur dia . Saya terkejut yang dia tidak boleh nampak masa tu tapi saya masih ingin berkawan dengan dia , setiap pagi atau petang , kami akan berjumpa di taman tu kami bertukar-2 cerita , bergurau . Satu hari , dia cerita tentang impian dia , dia minat melukis , dia kata , dia teringin nak melihat wajah saya dan ingin melukis wajah saya , tapi dia sedih , dia tak mampu nak lakukan itu . Sejak hari tu , saya mula berfikir macam mana cara nya saya boleh bantu dia , saya dapat satu idea , saya bincang dengan ibu bapa saya , saya kata dengan mereka , itu impian saya dan dalam keterpaksaan mereka bersetuju.awak rasa apa yang saya buat laila?''

laila diam seketika lalu menjawab ''awak cari penderma untuk dia?'' pemuda itu tersenyum ''ya , betul . Tapi..saya tak cari , laila , penderma itu ialah saya , saya bekorban untuk dia , laila , saya tak tahu kenapa saya sanggup bekorban sebesar itu untuk dia , saya nak sangat tunaikan impian dia , hanya Allah yang tahu betapa saya sayangkan dia , dia sahabat saya tapi saya merasakan hati saya begitu dekat dengan hati dia, saya nak lakukan sesuatu untuk dia , saya nak dia capai impian dia , minat dia , saya nak jadi sebab dia berjaya capai impian dia. Setelah dia dapat melihat , dia  cari saya , tapi ibu bapa saya kata yang saya takde , saya ada urusan . Sebenarnya , saya cuma ingin pergi sebentar , saya ingin biasakan hidup dalam kegelapan , saya tidak mahu dia terkejut bila dapat tahu saya sudah buta . Beberapa minggu selepas pembedahan itu , saya kembali , saya tunggu dia seperti biasa dekat taman tu , tapi dia tetap juga tidak muncul . Saya pindah pula ke perhentian bas ini , mungkin , dia akan turun di perhentian bas ini dan perasan kehadiran saya , sampai sekarang laila , saya tunggu dia . Dia kata dia nak lukis wajah saya , dia nak lihat wajah saya , tetapi dia tiada . Ibu bapa nya juga sudah berpindah dan saya tahu mereka sudah berpindah . Tapi tak salahkan saya nak tunggu laila ?'' akhirnya , air mata Naufal gugur , tidak terhitung titisannya , laila hanya mampu berdiam dan air matanya laju membasahi pipi . ''laila...?''

bersambung..

Dilarang Menghukum,Terima Kasih