Kadang-kadang bila terlalu lama menunggu hati dengan sendirinya akan berubah. Bukan sahaja penat menunggu tetapi penat berharap . Aku hanya terlalu berprasangka yang dia akan kembali dan ternyata sangkaan ku meleset . Tiada lagi mesej yang selalu semak kan inbox dia , aku penat jadi pemburu bayang dia . Dia seperti ingin kembali tapi dia tak pasti lalu dia beri harapan dan buat aku menunggu hatta ini lah hal yang paling aku benci , seperti sengaja mahu membuat aku terseksa . aku akan pergi dan jika kau menyesal kemudian hari , mungkin masa itu aku sudah bertemu dengan yang lebih baik . Aku bukan lagi pemburu bayang kau , bukan lagi pengemis cinta kau . Kau aku anggap hanya kenangan aku hanya mampu berdoa supaya rasa sayang dan rindu ini hilang secepat mungkin . Semoga kau lebih lega tanpa aku menyemakkan inbox dan otak kau . Assalammualaikum.