10.3.13

keliru



Drama ke mimpi ? mimpi di siang hari ke aku atau ini drama dia untuk memperdaya aku ? dia yang dulunya dengan si perempuan  yang memaki hamun aku menyuruh aku untuk tidak mengganggu dia. Aku seperti patung yag tidak punya perasaan dibuatnya  Manusia biasa , meski ku kata aku takkan ganggu , aku tetap rindu dan menyimpan harapan dan dengan rindu yang tak tertahan , aku memberanikan diri untuk bertanya khabar dia dan dengan tidak semena-2 perkataan 'awak sihat?' itu berlanjutan menjadi sebuah ikatan yang seakan kawan yang 'istimewa' .

Jahat kah aku ? perampas kah aku ? aku rasa diriku sebegitu rupa tetapi jika dia juga rasa apa yang aku rasa adakah hanya aku seorang yang salah ? aku dan dia .. kami seperti tergantung dengan keadaan , terikat dengan janji , mengimpikan sesuatu yang lebih istimewa antara kami SEMULA . tetapi ! aku tidak sekejam itu . Meski aku dimaki si perempuan itu , aku tidak sejahat itu untuk merampas dia dari si perempuan itu . Aku diamkan perasaan itu . Beberapa minggu selepas itu , keadaan berubah kembali , dia yang selalunya menghubungiku kini tidak lagi . Dia hilang untuk beberapa hari .

Hari demi hari aku tunggu , tunggu untuk menuntut janji dia , janji dia untuk menghubungiku semula tetapi apa yang aku dapat ? hancur . harapan tergantung tanpa menjadi kenyataan . Aku masih tunggu dan tiba-2 sedang aku tunggu , terdapat panggilan tertera nama 'awak :)' aku tenung agak lama seperti tidak percaya dan aku angkat lalu diam dan kedengaran suara dia 'helo!' ya , dia baik-2 sahaja , itu yang aku doakan . Tetapi dalam kelegaan dia menyatakan yang dia sudah 'tiada sesiapa' bermaksud si perempuan itu tidak ada lagi hubungan dengan dia . Aku tersenyum lalu berkata 'itulah masalahnya?' dia seperti biasa seperti tidak memahami aku hanya 'takde apa-2 lah' yang mampu aku balas.  Drama atau mimpi ? si perempuan yang hina aku , menyatakan si dia yang aku sayang , menyayangi dirinya lebih dari aku , si perempuan yang memijak maruah aku seperti rumput tepi jalan dan akhirnya lelaki itu sendiri yang membuat pengakuan tentang keadaan hubungannya dengan si dia . kelakar bukan ? aku tidak tahu sama ada dia jujur mahupun tdak , yang pasti aku masih sayang dia dan susah untuk aku jumpa penggati dia .

THE END.

Dilarang Menghukum,Terima Kasih