24.5.14

I.B.M.S :)

jauh

tak lama lagi nak kena tinggal batu pahat dah .. 
entah kenapa aku tak sabar ..
aku nak pergi dah .. pergi jauh 
kejar cita-cita dan impian aku.

"buat ni untuk diri kau liyana..
masa depan kau ..
tinggalkan mereka yang dah tinggalkan kau ..
lupakan mereka yang dah atau mahu lupakan kau ..
perjalanan kau masih jauh .. masih jauh" -- hati :)

liyana lukman

8.5.14

dia--

Aku ada satu jenis penyakit.

menyayangi sesuatu sesungguhnya , tak kira apa , tak kira harga bila selagi mana aku kata 'itu aku punya' selagi itu juga tiada yang berhak selain aku.

begitu juga dengan 'seseorang' itu .

menyayangi dia sampai bila aku lihat lelaki kacak sedunia lalu aku kata aku mahu ke dia , tetap masih teguh dalam hati dengan satu nama , masih terlihat di mata rupa dia , dia yang beri aku satu rasa yang belum tentu pun lelaki yang aku kata aku mahu itu boleh beri.

dan

aku akan beri sayang aku , cinta aku , rindu aku , kasih aku segalanya aku , pada dia . sehabisnya , tak aku tinggal secebis kerana aku mahu tunjuk ke dia , aku percaya dia , aku mahu tunjuk ke dia segala yang aku punya hanya habis ke dia , tiada tinggal untuk sesiapa .

itu cara aku bila aku kata 'dia aku punya' untuk seketika di dunia.

dan

aku harap dia rasa sampai hati , tersentuh sampai jiwa , lalu dengan bangga dia kata 'dia juga aku punya' dan beri sehabisnya juga . -- cinta

liyana lukman,

28.4.14

mohon.

Diploma Penulisan Artistik
Fakulti Filem , Teater dan Animasi
UiTM Puncak Perdana 
Shah Alam.

aamiin

-liyana-

24.4.14

gendeng ,

tiada kata mampu aku luah untuk menggambarkan betapa aku bahagia .
entah datang dari mana , aku cuma terima kehadiran dia dan kata "ok" kat diri sendiri . ya , apa salah untuk terima dan buka peluang untuk orang baru benar-benar 'ada' dalam hidup kita , kan?

28/2/2014 .

Tuhan gerakkan hati dia untuk add aku dekat satu sosial chat . DAN Tuhan gerakkan hati aku juga untuk accept dia . So , start from there we keep to know each other . even in a chat , aku dapat rasa dia real , maksud aku , macam dia ada depan mata , macam aku nampak dia , entah . aku gila agaknya , hahahaha yahh aku gila .

Aku gila dengan rasa bahagia .
Aku juga ada penyakit di mana kalau aku menyayangi dan rasa disayangi , aku akan bagi semua kasih semua sayang sampai seseorang tu jadi muak sebab terlalu banyak . tapi aku harap dia tak muak lah . kah!

hai gendeng , maaf sebab terlalu sayang . :)    


-liyana-

8.4.14

maaf

andai kita semakin jauh sebab aku ,
maaf .
andai semua jadi janggal sebab aku ,
maaf .

benar kata kau , ikut takdir .
jadi , ini takdir aku , takdir kita .

aku cuma minta satu pada Tuhan , moga satu hari nanti kita ditemukan .
cuma itu. mungkin ada yang lain tapi tak perlu aku nyatakan di sini . biar aku , hanya aku , yang tahu.

jaga diri.

-liyana-




siapa aku

siapa aku untuk bermimpi memiliki bintang sedangkan memiliki kamu juga payah. 

siapa aku mahu meminta sayang sedangkan sayang aku padaNya masih goyah. 

-liyana-

26.3.14

awan

Aku berfantasi...
di awan putih itu , aku menyendiri ,
melihat dunia dari tempat tinggi ..
melihat manusia dengan pelbagai segi ,
ada mereka yang bungkam merenung tanah ,
ada mereka yang mendongak tanpa lihat ke bawah , bibir tersenyum memancar seri lalu melangkah megah..

Namun ianya tak selamanya begitu ..
kerana langit tidak selalu akan cerah ,
kerana mentari takkan selalu bersinar ,
terkadang kita perlukan awan mendung dan hujan untuk menjentik sedikit rasa syukur.
agar rasa paling pedih sekalipun bisa kita tanggung.

-liyana-

21.3.14

realiti

assalammualaikum .

its been 3 months we wait for the results and nahh finally we got the answer . SPM result is really killing me inside for about one week . semua yang pernah alami pernah rasa lah kan macam mana perasaanya . semalam which is 20/3/14 was the day . big day . hmm result aku takde aa gempak mana tapi alhamdulillah lah . sipi je lagi target aku nak kena , aku target 5A tapi dapat 2 je lagi 3 tu B+ em bengkek gak aa why lah tak A je A- pun jadi aa hahaha well still thankfull to Allah . dah tutup cerita .

sekarang , mana aku nak pergi dengan result ni ? hahh that would be the next question . dapat ke tidak course yang aku nak , entah lah . terngiang-2 kata-2 mak "nanti sambung belajar cari yang dijamin dapat kerja , jangan yang bukan-2 nanti takde kerja" i was like .. habis.. impian aku ? nak jadi penulis tu , bukan-2 ke ? banyak kali gak aku fikir benda ni . Entah lah , kadang nak buat otak dan hati bersatu ni memang payah .

apa apa pun , siapa pun kau , kalau kau baca ni please pray for my success , my future . aku bukan sesiapa pun tapi kalau kau kasihan , kau doakan aku . aku doakan kau jugak yang tengah baca ni , berjaya dunia akhirat dan sentiasa tidak jemu untuk senyum meski kau jemu dengan apa yang menimpa kau . amiin .

jumpa lagi bila aku rajin .

-liyana-

25.2.14

bye

Aku tarik diri perlahan-lahan KELUAR dari hidup kau . Jaga diri .

-liyana-

19.2.14

Refrain (Saat Cinta Selalu Pulang) FULL MOVIE





Selamat Menonton ya bapak bapak ibuk ibuk . hahaha :p

Mira Tilu - Tanpamu

nama .


Kerana hati ini sudah 
terpahat ,
terpacak ,
terpaku ,
nama kamu -- sang arjuna.

Meski satu hari harus aku hilangkan 
ia masih berbekas -- tak terhapus.

-Liyana-

18.2.14

9.2.14

*senyum sinis*


nak dijadikan cerita , macam macam benda sakit dalam dunia ni . Kadang kau nak rasa bahagia pun , kau kena rasa sakit dulu . Tapi peduli apa , siapa yang taknak bahagia ? bezanya , cuma kau mampu atau tak untuk lalui kesakitan tu untuk meraih kebahagiaan kau atau kau tak sanggup dan kau pilih untuk berpatah balik . PENAKUT. 

Hidup ni memang sakit . bagitahu aku kalau ada benda percuma yang tak perlu guna duit , tak perlu guna hati mahupun air mata . aku akan bermati-matian untuk itu . Masalahnya sekarang , TAK ADA . 

Zaman sekarang rambut kita pun dah tak sama apa lagi hati . Kau punya banyak pilihan dalam hidup kau , tapi kau dihantui rasa keliru untuk pilih yang mana satu sebab kau takut pilihan tu salah . sama . kita masih seorang yang PENAKUT . Sakit yang kita rasa mungkin lain , tapi setuju tak kalau aku cakap yang sesetengah kita rasa sakit untuk benda yang sama . 

Kesimpulannya , untuk rasa bahagia kau memang akan sakit , tapi fikir , kau sakit untuk bahagia , kau diberi pilihan itu semua sebab kau nak rasa bahagia . Jadi , apa yang susah sangat ? sakit untuk bahagia . Meski akhirnya masih kau yang terluka , tak pe , sekurang-2 nya kau cuba dan tak terus jadi PENGECUT ! 

-liyana-


7.2.14

cukuplah

setelah sekian lama ,
aku rasa , cukuplah .
aku dah tak mampu nak pendam , tapi aku juga tiada daya untuk luahkan maka aku lupakan dan lepaskan.

terus hidup dalam realiti kehidupan meski pahit , pedih dan perih , setidaknya ianya BENAR .

liyana

30.1.14

Romantika Boulevard ke Kota Timur (episod 7)

sambungan...

   Liyana tidak mempedulikan beberapa pasang mata yang memerhatikan gaya pemakaiannya itu . Heh ! peduli akulah nak pakai apa . Kau orang sibuk apa hal?
   Enggan diganggu dengan pandangan serong disekeliling dia cuba memfokuskan ingatannya terhadap Khusairi , lelaki yang berjaya mengambil hatinya itu .
   " Err pakcik boleh laju sikit tak ? saya dah terlambat ni. " ujar Liyana yang telah bangun dari tempat duduknya , mendekati pemandu bas yang berusia separuh abad itu . Belum sempat si pemandu menjawab , bas tiba-2 berhenti secara mengejut . Gadis itu terdorong sedikit ke hadapan sebelum tangannya dapat memeluk tiang bas . Satu tindakan drastik yang baginya begitu memalukan.
   " Apahal pulak ni ? " pekik si pemandu sebelum pintu di sebelah kanannya dibuka . Dia melompat turun daripada bas , menyertai beberapa pemandu lain yang turut berkerumun di tengah jalanraya . Liyana dan penumpang lain meninjau-ninjau dari dalam bas melihat kejadian itu dari kejauhan sebelum Liyana ambil keputusan untuk turun melangkah menuju ke arah tempat kejadian .
   " katanya dia tunggu orang kat Boulevard Square , tapi tak datang-datang."
   " eh , ni bukan ke mamat yang design taman tema dekat Boulevard Square ? "
     Liyana berasak-2 dengan yang lain , mendengar rungutan gelisah dan bisikan beberapa individu yang baginya sangat tak guna sebab langsung tak ada inisiatif untuk membantu . Perlahan-2 di sebalik bahu seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya , dia memerhatikan seorang lelaki sedang terbaring dengan mata terkebil-2 memerhati aneh orang sekeliling yang memandangnya dengan kasihan . Beberapa orang individu sedang duduk mencangkung , cuba menenangkan lelaki tersebut .
   " awak cuma terkejut , Nasib baik saya sempat brek , awak melintas pun tak tengok kiri kanan ." ujar lelaki di sebelahnya sebelum menggeleng-2kan kepala .
   " Saya nak cari kawan saya , Liyana. awak ada nampak ?" soal lelaki itu dengan wajahnya yang kelihatan sangat bingung . Dia kemudiannya bangun perlahan-2 , memandang ke arah kesemua pandangan prihatin di hadapannya. Lelaki itu kemudiannya berpaling , memandang seorang doktor dan jururawat yang baru tiba dengan kelam kabut .
    " Minta maaf semua ! Minta maaf ! salah faham saja ni. " ujar doktor muda itu dengan nada tinggi sebelum mengarahkan jururawatnya membantu lelaki itu , mmbawanya ke dalam van pesakit . Orang yang berkumpul susut sedikit demi sedikit . Kedengaran pula suara nakal melayah dar kejauhan.
    " Orang gila rupanya , aku ingat mati eksiden. "
    Liyana tergamam . Diperhatikan doktor dan jururawat itu berkali-2 sebelum memerhatikan lelaki berambut pendek dengan kumis nipisnya yang nampak serabut itu silih berganti . Di tangan kanannya tergenggam sesuatu . Entah apa , Liyana kurang pasti .
     " Doktor ! boleh tunggu kejap ? " panggilan Liyana menyentak perhatian doktor muda itu . Doktor itu berpaling ..
     " awak siapa ? "
     " Nama saya Liyana . "
Doktor muda itu tersenyum tampan. Akhirnya !
   " Khusairi banyak cerita pasal awak. Dia selalu tunjukkan surat-2 kiriman awak kepada saya dan berharap agar satu hari nanti dia dapat bertemu dengan awak . Keajaiban yang berlaku kini.... sukar untuk saya terima pada mulanya."
     Liyana menelan air liur . Membiarkan doktor itu menyambung cakapnya .
     " dia menghidap amnesia . Sakit pelupanya di tahap kritikal . Malah dia dah lupa bahawa ayahnya dah meninggal dunia setahun yang lepas . Sejak hari itu , dia kerap menyebut nama awak dalam tidurnya , menanti hari ini untuk menjadi kenyataan. "
     Wajah Liyana berubah .
    " apa maksud doktor.... menanti hari ini , untuk menjadi kenyataan ? "
     Doktor muda itu tersenyum lagi . Di kocek besarnya dia mengeluarkan sekeping poskad yang sedikit lusuh , lalu mendedahkan isinya .

                              Salam Khusairi ,
                             2011, pohon besar itu ditebang lalu diganti dengan tong merah posmen .
                             Selalu jugalah bila saya balik , budak-2 kecil main sembunyi-2
                             di tepi tong tu . ( senyum )
                             Lot kedai itu masih berdiri tegak sampai sekarang.
                             Malah kedai emak saya dekat situ juga . Kedai kek Rahmah .
                             Emak saya pandai buat kek . Kalau rajin , pergilah tempah!
                             (err boleh ke?)
                             Oh ! pasal Boulevard Square tu , bila sayan bosan , saya selalu ke
                             sana . Melihat kerenah manusia. Tapi bila cuti , tempat itu penuh sesak.

                             Daripada,
                             Liyana.
                             April 28, 2011.

    Diperhatikan , ada satu catatan memangkah di bawah tandatangannya , 'Boulevard Mei 15,2011.9 malam'
  " bukankah , hari ini 15 Mei? dan sekarang sudah jam 9:15 malam? "
    Sungguh ! Liyana tambah terkejut , lalu memandang doktor muda itu dengan perasaannya yang bercampur baur .
    " dia ke sini untuk bertemu dengan awak , Liyana . Terimalah baik buruk dia . Dia ikhlas sayangkan awak . Bertahun dia menunggu awak untuk saat malam ini. "
      Perlahan-2 Liyana memulakan langkah menuju ke van pesakit yang terparkir di tepi jalan sebelum memandang di balik cermin wajah Khusairi buat pertama kalinya . Liyana kemudiannya mengetuk kaca tingkap berkali-2 menyebabkan lelaki itu tersedar daripada lamunannya yang panjang lalu memerhati wanita muda itu dengan pandangan yang aneh . 
      Gadis itu kemudiannya mengeluarkan sekeping poskad yang diambil daripada doktor tadi sebelum menunjukkannya kepada Khusairi. Liyana tersenyum dengan kolam matanya berkaca . Lelaki itu tersentak, tergamam sambil memerhati gerak bibir Liyana seakan menyebut 'I Love You' .
  Khusairi tidak lebih daripada sekadar bersyukur .
  Cincin emas putih digenggamannya dipersembah .
  Penamat sebuah kisah cinta sejati.


TAMAT . * Dipetik dari buku Cerpen Faizal Sulaiman * 


Dilarang Menghukum,Terima Kasih